Jika ditanya siapakah orang yang pertama perlu bijak berbicara, pasti jawapannya ialah pendidik. Semestinya, tanpa kemahiran komunikasi yang berkesan, mana mungkin ilmu anda dapat dipindah, dikongsi dan disebarkan dengan efektif. Kadangkala kita menyalahkan pelajar kerana tidak menumpukan perhatian dan sering mengantuk di dalam kelas. Dan selalunya anda tidak nampak bahawa kemungkinan besar perkara ini berlaku kerana berpunca daripada kelemahan anda berbicara.
Bijak Berbicara untuk Pendidik akan mendedahkan teknik mengajar yang bebas daripada teori yang meleret dan tidak praktikal. Bahkan menerusi modul ini, anda bakal melihat kaedah-kaedah mudah tetapi berimpak tinggi dalam mendidik pelajar dengan unik dan berkesan. Dengan konsep modul yang menyeronokkan, anda sendiri akan lebih memahami apa yang sebenarnya diingini oleh pelajar masa kini.
Anda boleh tetapi kebolehan itu perlu digarap sekarang!
____________________________________________________________
BIJAK BERBICARA untuk Si Cilik merupakan sebuah program 6 bulan untuk melahirkan kanak-kanak yang mampu berpidato dengan cemerlang. Program ini direka khas bagi menghilangkan gemuruh dan membina keyakinan diri yang tinggi untuk berbicara. Menggunakan pendekatan exposure leads to expansion, para peserta akan semestinya meminati corak modul ini dikendalikan. Syaratnya cuma, kanak-kanak ini mesti mempunyai minat dan bukannya dipaksa oleh ibu bapa untuk belajar berpidato. InsyaAllah, semuanya bakal menjadi kenyataan.
Jika anda inginkan anak anda menjadi kanak-kanak yang hebat berpidato, inilah pilihan yang terbaik!
__________________________________________
Terlalu banyak komen dan kritikan yang dilemparkan kepada produk universiti dan kolej pada masa kini. Ada yang CGPA tinggi tapi tidak mampu berkomunikasi! Ada yang kerap dalam senarai dekan, tetapi temuduga pun tak mampu hadapi dengan keyakinan.
Ya, kemahiran komunikasi amat amat amat penting untuk orang seperti anda. Dunia pada hari ini bukan inginkan mahasiswa yang semata-mata menayang ijazah ke hulu dan ke hilir. Tetapi dunia mahukan graduan yang berkualiti. Modal insan berminda kelas pertama dan berkemahiran kelas pertama!
Sebelum anda terlambat, apa kata anda sertai segera Bijak Berbicara untuk Menara Gading yang direka khas untuk para pelajar IPTA/IPTS. Sama ada anda masih di tahun pertama, ataupun sedang menanti berakhirnya tahun terakhir, modul ini bakal membimbing anda menjadi mahasiswa yang menguasai softskills yang penting ini. Jangan nanti anda sendiri malu untuk mengaku yang anda graduan university dek kerana nak bercakap pun sampai menggeletar kaki!
__________________________________________
Tipulah jika anda kata teknik pengucapan awam tidak wajib untuk usahawan. Walau apapun perniagaan anda, anda masih memerlukan kemahiran berbicara dengan baik. Anda perlu tahu bagaimana untuk menampilkan bahasa badan yang menarik dan memahami bahasa badan prospek anda supaya mudah untuk closing. Anda juga mesti tahu bagaimana presentasi perniagaan anda patut diatur agar ia boleh menghasilkan pengaruh yang tinggi dan berkesan.
Hatta usahawan internet pun perlukan kemahiran ini. Itu pun kalau mereka betul-betul ingin melipat kali gandakan keuntungan melalui seminar, CD dan VCD. Dan semestinya usahawan yang bijak berbicara akan meninggalkan saingannya jauh di belakang. Anda ingin ke depan atau di belakang?
__________________________________________
Menerusi modul Bijak Berbicara untuk Korporat, anda akan didedah, diajar dan dibimbing untuk menjadi ahli korporat yang hebat berkomunikasi. Anda bakal dipimpin untuk melakukan presentasi yang berkesan dan berpengaruh. Anda juga bakal mengetahui apakah kaedah terbaik untuk mengendalikan soalan audiens dan teknik tampak professional kepada klien, staf ataupun majikan anda. Dengan Bijak Berbicara untuk Korporat, anda pasti membuka lembaran baru dalam karier anda sebagai ahli korporat yang hebat berbicara!
__________________________________________
Di mana hebatnya pemimpin jika golongan yang dipimpin tidak terpimpin dengan kepimpinan yang jelas lagi memimpin! Jika anda tidak faham, begitu jugalah dengan orang bawahan anda yang kerap menghadapi masalah untuk menjadi pengikut anda yang setia dek kerana komunikasi anda yang masih gagal memimpinnya.
Ya, kepimpinan melalui teladan, tetapi dalam masa yang sama lisan anda perlu juga bergerak selari dengan mesej yang ingin disampaikan!
Kepimpinan efektif melalui teladan dan komunikasi yang efektif! Modul Bijak Berbicara untuk Pemimpin pasti mampu membimbing anda!
__________________________________________
Berdakwah memiliki pelbagai manhaj dan kaedah. Dan sesungguhnya berdakwah secara perbuatan itu lebih baik daripada semata-mata berdakwah secara lisan. Tetapi alangkah moleknya, jika anda mampu berdakwah menggunakan kedua-duanya?
Menggunakan lidah anda ketika mana tindakan anda mencemirkan keindahan Islam akan mengukuhkan lagi keberkesanan mesej dakwah yang anda sampaikan. Adakah anda lupa bahawa Rasul-rasul terdahulu juga merupakan pemidato-pemidato handalan. Nabi Muhammad s.a.w., Nabi Isa a.s, Nabi Musa a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. menggunakan lisan mereka bagi menyampaikan kalam Allah kepada kaum mereka.
Mengapa anda tidak mahu menjadikan lisan ini sebagai instrument yang cukup padu bagi menyampaikan dakwah? Mengapa tidak Bijak Berbicara untuk Pendakwah?












