BaDR’s Biography

Ahmad Badrul Sani bin Baharudin dilahirkan pada tanggal 25hb Februari 1983 di Pulau Pinang. Mendapat pendidikan awal di SK Seberang Jaya II dan SMKA Al-Irshad Pulau Pinang, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan undang-undang. Kini beliau merupakan Ketua Jurulatih Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy (ampac).

Beliau mula berkecimpung sebagai motivator sejak berusia 17 tahun selepas menjuarai Pertandingan Syarahan Peringkat Kebangsaan. Berbekalkan secebis pengalaman dan kemahiran, beliau kini berjuang dalam membangunkan modal insan di seluruh negara. Dari melatih pelajar sekolah rendah sehinggalah C.E.O. syarikat terkemuka, Saudara Badrul Sani melakar kecemerlangannya tersendiri dengan memimpin masyarakat dalam menguasai kekuatan minda,  seni berbicara, teknik belajar dan kepimpinan.

Beliau juga popular dengan tulisannya yang kini memenuhi rak-rak jualan di kedai-kedai buku utama negara. BIJAK BERBICARA MENCUIT RASA merupakan buku sulungnya yang telah berjasa kepada ribuan pembaca dalam memahami dan mempraktikkan seni bicara yang cemerlang.

Juga dengan bukunya yang terbaru, Brilliant Students : From Zero to Hero!, Saudara Badrul Sani melakar sebuah lagi sejarah dalam bidang motivasi dengan menukil hasil karya yang bisa mengesan jiwa dan motivasi pembaca. Sebuah komik, novel dan buku motivasi yang digabungkan dalam satu naskhah!! Dan yang terbaru, beliau telah menghasilkan sebuah buku yang mampu membimbing anda selangkah demi selangkah untuk menguasai teknik berbicara berkesan; Langkah Bijak Komunikator Hebat!

Saudara Badrul Sani juga menghasilkan produk-produk ilmiah yang lain seperti e-book, booklet dan VCD yang membimbing semua lapisan masyarakat dalam mencorakkan kejayaan dalam hidup mereka.

Pernah dilantik menjadi jurulatih pidato rancangan realiti Adik-Adikku, Saudara Badrul Sani juga bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang membantu generasi muda mencapai potensi sebenar.

Saudara Badrul Sani juga pernah dilantik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai jurulatih dalam seni komunikasi dan pidato. Beliau turut dijemput sebagai jurulatih untuk latihan pidato dan forum bagi sekolah-sekolah di Malaysia seperti Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) Seremban.

Beliau juga sering diundang untuk mengendalikan majlis raksasa seperti Rapat Umum Selamatkan Gaza di Stadium Malawati Shah Alam dan Stadium Seksyen 15 Bandar baru Bangi. Dan juga memberikan latihan kepada pegawai-pegawai kerajaan dan ahli-ahli korporat di seluruh negara. Antaranya memberikan ceramah kerohanian dan motivasi kepada Pegawai Tadbir Diplomat di INTAN, Bukit Kiara, para pegawai kerajaan di Jabatan Perkhidmatan Awam dan berkongsi tips dan panduan bersama para guru, kaunselor dan guru besar daerah Hulu Langat.

Wajah dan cerita beliau juga pernah dipaparkan di dada-dada akhbar.

Dan beliau juga menggunakan kesempatan yang ada untuk mencurahkan khidmat menerusi laman blog dan juga akhbar bagi berkongsi kaedah untuk berjaya dalam pelbagai aspek.

Laman blognya dilawati oleh pelbagai lapisan masyarakat. Pelajar sekolah rendah, menengah, IPT, sehinggalah ke ahli-ahli korporat dan pegawai tinggi kerajaan.

Pernah muncul di kaca TV1, TV3, ASTRO OASIS & BERNAMA TV, Saudara Badrul Sani begitu digemari kerana sikapnya yang selamba, santai dan sempoi.Beliau mampu membuatkan audiens ketawa dan kemudiannya menangis. Beliau mampu membuatkan audiens bermotivasi, terinspirasi dan bersemangat untuk berubah. Satu anugerah untuk membangunkan potensi ummah. Sejak Januari 2007 sehingga April 2011 ini, seramai 45,000 orang telah menyertai seminar/program dan menerima sentuhan motivasi beliau tanpa mengira batasan umur, bangsa dan agama!

  • Bijak Berbicara

    Photobucket

  • Brilliant Students

    Photobucket

  • Coaching Series

    Photobucket

  • Rahsia Pidato!

    Photobucket

  • Theme Credit